Kelebihan

Kelebihan Tudung Labuh effasignature ?

  •         Tudung labuh kami, pasti menutup aurat dengan sempurna
  •         Corak kami begitu eksklusif, anda boleh tampil bergaya di mana sahaja
  •         Kain yang tebal, tetapi lembut, anda pasti selesa
  •         Jahitan yang amat kemas dan teliti, pasti  memuaskan hati anda
  •         Harga yang murah, anda pasti mampu memilikinya.
Saiz Tudung Twist
                  L     : Jarak bawah dagu ke hujung tudung  48cm / 19 inci
                            XL   : Jarak bawah dagu ke hujung tudung  54cm / 21 inci

    Saiz Tudung Wave
                  M     : Jarak bawah dagu ke hujung tudung  48cm / 19 inci
                            L   : Jarak bawah dagu ke hujung tudung  51cm / 20 inci



     Kami memastikan Tudung Labuh effasignature sentiasa mematuhi kehendak syariah yang sebenar. Tudung kami sememangnya labuh menutupi keseluruhan dada. Kami juga sedaya upaya memastikan tudung kami tidak terlekap di dada dengan menampilkan 'design' berombak atau beralun di bahagian hadapan. Walaupun begitu, tudung kami tetap selesa dipakai di mana sahaja, baik untuk acara rasmi mahupun santai. Kami juga percaya, tudung tidak semestinya terlalu 'elegant' sehingga terasa malu hendak memakainya di tempat kerja.
     Bagi memastikan Tudung Labuh effasignature mempunyai corak yang eksklusif, kami telah memilih secara satu persatu setiap corak yang kami mahukan. Kami tidak membelinya secara pukal kerana mahukan corak terbaik untuk setiap kain. Kami juga memastikan, kain samaada dari jenis Lycra, Silk atau sebagainya adalah dari keluaran terbaik yang berkualiti, tebal tetapi masih amat lembut. Kami percaya, untuk menutup aurat dengan sempurna, material busananya tidaklah boleh terlalu nipis atau jarang. Jika ianya nipis, kami pastikan ada beberapa lapisan bagi melindungi dari pandangan mata.
     Jahitan kami amat halus lagi berkualiti. Kami memastikan setiap produk Tudung Labuh effasignature dihasilkan daripada tangan mereka yang mahir. Kami juga sentiasa menghadiri kursus-kursus jahitan dari semasa kesemasa untuk menambah ilmu serta idea dalam mengembangkan produk ini. Walaubagaimanapun, dengan membuka kedai secara online, membeli bahan asas terus dari pengimport dan upah jahitan yang minima, kami yakin produk kami amatlah murah. Terus terang kami katakan, kami menggunakan lebih semeter kain untuk menghasilkan sesuatu produk, maka jika mahalpun adalah kerana bahan asas tersebut.Tetapi percayalah, tidak berbaloi untuk menjahitnya sendiri. Lebih mudah jika terus 'order' dengan kami.. Jom