Pengenalan

Assalamualaikum, salam perkenalan.
effasignature merupakan jenama terbaru tudung labuh eksklusif. Objektif utama penubuhan kedai online ini adalah untuk memberi alternatif kepada semua muslimah dalam memilih tudung labuh. Sebelum ini, kebanyakan tudung labuh yang terdapat dipasaran hanya memilih corak satu warna atau plain. Jarang kita temui, kain dengan corak eksklusif dan labuh. Jika adapun, harganya terlalu mahal sampai beratus-ratus ringgit.
Matlamat utama untuk memakmurkan pemakaian tudung yang dapat menutup aurat para muslimah dengan sempurna. Marilah wahai muslimat, tujuan utama memakai tudung adalah untuk menutup aurat. Rugilah, jika kita bertudung, tetapi masih tidak dapat menunaikan solat secara terus tanpa memakai telekung. Yakinlah, jika kita menutup aurat dengan sempurna, kita sepatutnya boleh terus menunaikan solat tanpa was-was.
Untuk pengetahuan semua, produk tudung labuh effasignature ini direkacipta oleh kami sendiri. Bahan asas, iaitu kain tudung labuh ini kami pilih sendiri secara teliti terus dari gudang pihak pengimport. Kami memastikan, hanya kain yang benar-benar tebal, lembut dan memiliki corak yang sangat eksklusif sahaja menjadi pilihan. Oleh itu, kami yakin kebarangkalian untuk menemui corak yang sama di pasaran amat tipis. Selain itu, kami juga merekabentuk sendiri tudung labuh effasignature agar mematuhi tahap labuh yang sebenar tetapi tetap mempunyai keunikan tersendiri. Dengan ini, kami dapat menghasilkan produk ini daripada kos yang amat minima seterusnya menjual dengan harga yang murah
Kami berharap tudung labuh effasignature ini mendapat sambutan yang hangat suatu masa nanti. Dengan kualiti dari segi pemilihan kain, corak, rekabentuk dan ketelitian jahitan anda semua tidak perlu ragu-ragu lagi dengan produk tudung labuh effasignature. Hubungi kami dengan segera untuk menempah produk pilihan anda.